Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam projek infrastruktur dilaksana, 24 rumah panjang dapat manfaat


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUCHING, 10 Sept  -- Sebanyak enam projek infrastruktur yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 41,000 kilometer persegi akan dilaksanakan di negeri ini tidak lama lagi yang akan memberi kemudahan perhubungan kepada 24 rumah panjang.

Majlis menandatangani kontrak projek itu disempurnakan hari ini antara Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Datuk Ismawi Ismuni dan enam kontraktor yang dilantik di bawah Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA), disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing di sini.

Masing berkata pembinaan kumpulan pertama projek infrastruktur dan kemudahan itu akan dibiayai  kerajaan negeri dengan peruntukan kira-kira RM1.5 bilion.

“Projek ini adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 34 projek infrastruktur dan kemudahan di kawasan URDA, terutamanya di Kapit, Kanowit, Song, Belaga dan Bukit Mabong.  Akan ada 28 lagi projek dan lebih banyak kontraktor akan terlibat," katanya.

Enam kontraktor yang dianugerahkan projek di bawah URDA melalui tender terbuka itu ialah Hock Seng Lee Berhad, Hanayin Engineering Sdn Bhd, WHE Contract Sdn Bhd, Davilla Construction Sdn Bhd, Kemudi Harta Sdn Bhd dan Bumi Utara Construction Sdn Bhd.

Projek itu merangkumi pembinaan jambatan Nanga Machan dan Jalan Ulu Machan; jalan baharu ke Nanga Geremai, Kanowit; menaik taraf jalan ke Skim Tunoh, Melinau, Kapit; jalan masuk baharu ke Tunoh Scheme;  jalan masuk baharu ke Uma Sambop dan menaik taraf jalan kampung ke SK Long Urun.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel