Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

120 pemain dijangka sertai Terbuka Amatur Pahang 2019


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUANTAN, 10 Sept -- Seramai 120 pemain golf amatur dalam dan luar negara dijangka menyertai Kejohanan Terbuka Amatur Pahang 2019 yang akan berlangsung di Kelab Golf Diraja Pahang (KGDP) di sini, bermula 4 Okt ini.

Naib Presiden I kelab berkenaan, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata kejohanan selama tiga hari itu adalah anjuran bersama KGDP, kerajaan Pahang dan Persatuan Golf Malaysia. 

"Penyertaan dibuka kepada 120 peserta lelaki dan wanita yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000. 

"Setakat ini, 30 pemain sudah mengesahkan penyertaan dan mereka yang berhasrat boleh berbuat demikian sehingga 20 Sept ini," katanya pada sidang media di KGDP di sini, hari ini. 

Sallehuddin yang juga Setiausaha Kerajaan Pahang berkata yuran penyertaan ialah RM300 bagi ahli KGDP dan RM350 untuk bukan ahli manakala pemain luar negara sebanyak USD120 seorang.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel