Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Li Jane juara Masters Divisyen Terbuka Kejohanan Terbuka Boling Antarabangsa Sarawak


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUCHING, 10 Sept -- Pemain boling negara, Sin Li Jane muncul Juara Masters Divisyen Terbuka Stepladder, Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Sarawak, selepas menumpaskan rakan senegeri Raden Nur Najwa 232-214 dalam final acara itu yang berlangsung di Sarawak Megalanes, di sini hari ini.   

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 sementara Raden di tempat kedua memperoleh RM10,000. 

Tempat ketiga acara itu menjadi milik pemain negara Mohammad Shafiy Zaim yang melakukan 157 jatuhan pin dalam pusingan kedua Last Man Standing sementara seorang lagi pemain negara, Nora Lyana Natasia di tempat keempat selepas melakukan 170 jatuhan pin, markah terendah dalam pusingan pertama Last Man Standing, acara itu. 

Sementara itu, Peter Khor dari Singapura menjadi juara buat kali pertama dalam final stepladder Remaja 25 dan Ke bawah selepas menundukkan pilihan utama kejohanan dari Malaysia, Abang Afiq Yazid Abang Azman, 223-198.

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Aiman Shahromnizam yang ditewaskan Khor 198-231 dalam perlawanan separuh akhir.

Kejohanan ini turut disertai legenda boling tenpin Amleto Monacelli daripada   Professional Bowlers Association, Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel