Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan baharu menghubungkan Kuching dengan Kapit dijangka siap Ogos tahun depan


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KUCHING, 10 Sept -- Jalan baharu dari Kuching ke Kapit, yang kini sedang dalam pembinaan dijangka siap untuk digunakan Ogos tahun hadapan, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing. 

"Laluan pelengkap terbabit sepanjang 9.2 kilometer dari Nanga Ngungun ke Nanga Temalat di Song dijangka akan siap Ogos tahun hadapan, selepas itu bolehlah memandu dari sini (Kuching terus ke Kapit)," katanya kepada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak projek infrastruktur  Regional Corridor Development Authority, di sini, hari ini.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata beliau sendiri akan melawat projek berkenaan esok.

Selain jalan raya, beliau turut mengulangi pengumuman sebelum ini, bahawa sebuah lapangan terbang kecil akan dibina di daerah berkenaan yang boleh digunakan pesawat kecil seperti Twin Otter.

"Lapangan terbang kecil ini bukan sahaja bagi membawa penumpang keluar dari Kapit tetapi juga membawa produk makanan keluar dari sana termasuk dari kawasan pertanian  Sungai Tunoh yang subur," katanya.

Katanya lapangan terbang terbabit juga perlu bagi membolehkan pasukan keselamatan dibawa masuk ke Kapit bagi menjaga kawasan Sungai Tunoh yang menjadi pusat kepada tiga kawasan penting Kapit iaitu Bakun, Murum dan Baleh.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel