Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dakwaan Sabah belum lantik MPKK, ketua kampung tidak benar


Tarikh kemaskini: 10/09/2019





KOTA KINABALU, 10 Sept  -- Dakwaan bahawa kerajaan negeri masih belum melantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua kampung adalah tidak benar, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan.

Beliau berkata lebih daripada 90 peratus pelantikan ketua daerah, ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, MPKK, ketua kampung serta ketua masyarakat Cina telah pun dilakukan.

“Daripada 3,965 kekosongan jawatan tersebut, sebanyak 3,430 telah pun diisi dan semua yang dilantik telah menjalankan tugas masing-masing. Oleh itu, untuk mendakwa kerajaan masih belum melantik pengerusi MPKK dan Ketua Kampung adalah pembohongan nyata,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah, Cleftus Mojingol hari ini yang mendakwa kerajaan Sabah belum melantik MPKK dan ketua kampung di negeri ini.

Mengulas lanjut, Hashim berkata bagaimanapun ada beberapa jawatan berkenaan yang masih kosong kerana individu yang dilantik menolak tawaran atas sebab tertentu, manakala sebahagiannya lambat memberikan jawapan.

“Meskipun begitu, pengganti mereka telah dicari dan akan mula bertugas tidak lama lagi. Terdapat juga beberapa keadaan di sesetengah daerah yang sebelum ini mempunyai dua ketua daerah. Amalan tersebut bagaimanapun telah dihentikan,” katanya.

Menjawab dakwaan bahawa kerajaan tidak membayar gaji pemimpin akar umbi, beliau berkata hampir kesemua lantikan telah menerima gaji dan tunggakan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya ada daripada mereka yang belum menerima bayaran kerana gagal memberikan maklumat lengkap termasuk akaun bank dan menyukarkan pembayaran.

“Kumpulan ini juga akan dibayar penghujung bulan ini,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel