Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat seorang lagi pemancing ditemukan


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





LAWAS, 11 Sept -- Mayat seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing  di laut berhampiran Pulau Sari telah ditemukan oleh pasukan sukarelawan bomba dan orang kampung  pada  11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman dalam satu kenyataan hari ini berkata mayat Farouk Arlan Ahmad Sabri, 29, tahun yang  berkerja sebagai juruteknik Telekom Malaysia cawangan Lawas ditemukan 450 meter daripada mayat pertama yang ditemukan pagi semalam.

Mayat Yee Chee Tiong,30, seorang ahli perniagaan ditemukan  pada 8.35 pagi semalam di Sungai Labi-labi, Lawas.

Pada Isnin  polis menerima laporan mengenai kehilangan ketiga-tiga lelaki  itu ketika  mereka   memancing di perairan Lawas.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, usaha mencari serta menyelamat seorang lagi pemancing  Mohd Amirul Bakar,26, yang bekerja sebagai Pembantu Penguatkuasa Kastam Lawas diteruskan mulai 7 pagi ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel