Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tertuduh kes tetak Ketua Polis Besut diarah jalani pemeriksaan mental


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





BESUT, 11 Sept -- Tertuduh yang didakwa menetak Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi hari ini diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini untuk menjalani pemeriksaan mental.

Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan tersebut ke atas Mohd Nasli Mohd Nasir, 33, dan mengarahkannya berbuat demikian dalam tempoh sebulan bermula hari ini di Hospital Permai di Johor Bahru.

Kes hari ini merupakan sebutan kali pertama di mahkamah tersebut setelah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Pada 22 Ogos lepas, Mohd Nasli yang bekerja sendiri, mengaku tidak bersalah mencederakan Mohd Zamri dengan cara menetak menggunakan sebilah parang yang mengakibatkan kecederaan parah hingga terputus ibu jari kanan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Cordoba Residence, Padang Luas, Jerteh, Besut, kira-kira 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, peguam yang mewakili Mohd Nasli , Ahmad Fairuz Jusoh memohon mahkamah mempertimbangkan rayuannya untuk menghantar tertuduh menjalani pemeriksaan mental berikutan rekod perubatan tertuduh yang pernah dirawat di Klinik Psikiatri dan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, pada 2012.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Nasli tidak menjalani rawatan lanjut. Mahkamah turut menetapkan 10 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel