Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jambatan Angkat Kuala Terengganu diselubungi jerebu


Tarikh kemaskini: 11/09/2019




KUALA TERENGGANU, 11 Sept -- Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang biasanya jelas kelihatan kini hanya boleh dilihat dari jarak dekat ekoran keadaan jerebu.

Tinjauan Bernama sehingga 2.30 petang tadi mendapati meskipun berada pada jarak 300 meter, dua menara setinggi 16 tingkat yang berada di jambatan tersebut juga tidak menampakkan struktur keseluruhannya.

Kebiasaanya ikon baharu negeri itu akan kelihatan jelas meskipun pada jarak lebih 1 kilometer dari Pantai Teluk Ketapang.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Zakaria Ahmad@ Mohd ketika dihubungi Bernama berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini berada pada tahap sederhana dan tiada rekod terkini berlaku kebakaran.

“Berdasarkan bacaan IPU di empat stesen di negeri ini, hanya berlaku sedikit peningkatan sahaja berbanding semalam iaitu di stesen Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut,” katanya.

Walaupun keadaan IPU Terengganu tidak berada ditahap bahaya, orang ramai disarankan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kebakaran terbuka agar tidak memburukkan lagi keadaan dan sentiasa menitikberatkan kesihatan dalam keadaan cuaca seperti ini.

Meskipun dalam keadaan jerebu, orang ramai dilihat masih melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak menggunakan sebarang penutup hidung dan mulut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel