Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan Ngungun-Temalat dijangka siap lebih awal - Masing


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





SONG, 11 Sept -- Pembinaan jalan sepanjang 9.6 km yang menghubungkan Ngungun (Kanowit) dan Temalat (Song) berkemungkinan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing.

“Tarikh akhir penyiapan jalan dijadualkan pada Ogos tahun hadapan. Kami diberitahu oleh perunding dan kontraktor bahawa pembinaan projek ini mungkin disiapkan lebih awal daripada jadual.

“Sebaik sahaja jalan yang dikatakan laluan yang hilang bagi menghubungkan Kapit dan kawasan lain di Sarawak, kawasan itu tidak lagi menjadi ‘pulau’.

“Tetapi apa yang penting adalah bagaimana orang ramai akan menggunakan jalan ini, bukan hanya menggunakannya sebagai laluan untuk bergerak dari Point A ke Point B. Persoalannya adalah bolehkah anda gunakannya untuk keperluan anda,” katanya selepas melawat tapak pembinaan jalan itu di Ngungun hari ini.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata sebelum jalan itu siap sepenuhnya, pengguna tidak dibenarkan menggunakan jalan raya kerana ia akan mengganggu kerja-kerja pembinaan.

Sementara itu, mengenai jalan pintasan Ngemah/Ngungun sejauh 5.1 km, beliau berkata ia masih dalam proses tender dan tender itu akan ditutup pada 24 Sept ini.

Pembinaan jalan pintasan itu akan dimulakan hujung tahun ini, katanya.

Turut hadir ke lawatan di tapak pembinaan itu ialah Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat dan Pengurus Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya Cassidy Morris.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel