Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia dipercayai didera


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





MELAKA, 11 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai didera pengasuhnya di sebuah rumah di Kandang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata kanak-kanak itu dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pengasuh dan suaminya ke Hospital Melaka kira-kira pukul 2 pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

"Kanak-kanak itu telah diberi bantuan pernafasan oleh pegawai perubatan sebaik tiba di unit kecemasan hospital itu namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

"Kanak-kanak itu dijaga pengasuh berkenaan sejak akhir Julai lepas dan siasatan awal mendapati terdapat  kesan lebam serta parut di kepala dan paha mangsa dipercayai didera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pengasuh berusia 36 tahun dan suaminya, 45, ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya pihaknya juga masih menunggu laporan proses bedah siasat kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel