Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu Kelantan tahap sederhana


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KOTA BHARU, 11 Sept -- Indeks pencemaran udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Kelantan berada pada tahap sederhana dengan jarak ketampakan pula serendah tujuh kilometer, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Rabiah Zakaria.

Ketika dihubungi Bernama, Rabiah berkata stesen meteorologi Kelantan hari ini hari ini merekodkan (bagi Kelantan) kebanyakan titik panas dicerap di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia  dengan  angin Tenggara ke Barat Daya yang bertiup ketika ini menyebabkan keadaan berjerebu terutama di bahagian Pantai Barat dan Selatan Semenanjung serta Sarawak.

Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia  pada 7 Sept lepas telah mengeluarkan nasihat cuaca berjerebu dan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti luar, mengambil lebih banyak air dan tidak melakukan pembakaran terbuka.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel