Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis cari tiga saksi kes penemuan dadah di pusat pemulihan akhlak


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





JOHOR BAHRU, 11 Sept -- Polis Daerah Kluang sedang berusaha mencari tiga lelaki warga tempatan untuk menjadi saksi bagi perbicaraan satu kes berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Kluang bulan ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang ASP Azizan Aziz berkata kesemua saksi  penting itu merupakan bekas penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, yang  diperlukan  bagi menghadiri perbicaraan pada 13,17 dan 20 Sept ini berhubung penemuan sejumlah dadah jenis heroin di dalam sebuah bilik penghuni pusat itu, kira-kira dua tahun lepas.

Katanya mereka terdri daripada Wan Muhammad Kumar Abdullah, 41, beralamat terakhir di No 23 Solok Sungai Keramat 7C, Taman Klang Utama, Selangor; T. Moovinthiran, 28, alamat terakhir di E-14-12 Jalan Miri Off, Taman Beringin, Program Perumahan Rakyat Taman Wahyu 1, Jinjang Utara Kepong, Kuala Lumpur dan N. Puvendran, 31, yang beralamat terakhir di No 55 Jalan Sri Raya Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, Melaka.

"Ketiga-tiga individu ini merupakan saksi penting kes penemuan sejumlah heroin dalam pakaian seorang suspek lelaki berusia 29 tahun yang juga merupakan penghuni bilik nombor tujuh bersama ketiga-tiga mereka pada ketika itu,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di talian  07-7784222.

Pada 7 Mei 2017, pihak penjara menjumpai heroin dalam dua bungkusan kecil berbalut surat khabar seberat 1.6 gram dan 1.7 gram dalam pakaian dipercayai milik salah seorang penghuni bilik pusat pemulihan akhlak berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel