Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 2,000 peserta sertai acara larian tonjol kepelbagaian budaya 15 Sept ini


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





GEORGE TOWN, 11 Sept -- Lebih 2,000 peserta akan menyertai acara larian santai 'LLM Maju Cultural Night Run 2019' yang dijadual berlangsung di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula dari pukul 8.00 malam pada 15 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengawasan Tol Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Norhaslinda Abu Yazid berkata kelainan yang akan ditunjukkan pada acara larian yang julung kali diadakan itu adalah dengan penampilan perasaan harmoni dalam kalangan peserta berbilang kaum melalui galakan pemakaian pakaian tradisional mengikut budaya masing-masing. 

"Pihak penganjur berusaha untuk menonjolkan kepelbagaian budaya dengan menggalakkan peserta memakai pakaian tradisional dan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang untuk menyediakan persembahan kebudayaan yang melambangkan kepelbagaian kaum dan adat resam di negara ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata penganjur dengan kerjasama JKKN Pulau Pinang telah mengatur beberapa persembahan kebudayaan di pentas utama dan di sepanjang laluan larian untuk menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum seperti tarian boria, chinggey, bhangra dan tarian tradisional Melayu.

Menurutnya, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dijangka akan merasmikan acara larian itu yang akan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

"Penganjur menyediakan 35 hadiah penyertaan dan lebih 300 hadiah cabutan bertuah untuk para peserta yang menyertai acara larian ini. Selain itu, peserta yang mendaftar juga akan diberikan t-shirt, goodies bag, medal dan sijil penyertaan," katanya.

Selain acara larian Cultural Night Run, turut diadakan acara VIP Charity Walk dan persembahan kebudayaan di pentas utama dan di sepanjang laluan larian.

Acara larian yang dijadual berakhir pada 2 pagi 16 Sept itu adalah anjuran kerajaan negeri bersama-sama LLM, Jabatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan Koperasi LLM Berhad.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel