Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

254 belia terima anugerah Duke of Edinburgh dari Putera Edward


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





CYBERJAYA, 11 Sept  -- Seramai 254 belia Malaysia menerima anugerah Duke of Edinburgh’s Award, atau Gold International Award for Young People 2019 daripada Putera Edward, dalam satu majlis anugerah khas di sini hari ini.

Putera Edward, Earl of Wessex merupakan pengerusi kepada pemegang amanah Yayasan The Duke of Edinburgh’s International Award Foundation.

Anugerah itu diperakui di lebih 130 negara di seluruh dunia, dan di Malaysia ia juga dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Earl of Wessex itu berada dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siri lawatan yang akan membawa beliau ke Australia. Beliau merupakan anak bongsu kepada Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh. 

Putera Edward dalam perutusan tahniahnya selepas penyampaian anugerah itu mengingatkan para penerima supaya meneruskan usaha serta kerja keras mereka, di samping berkongsi pengalaman serta sokongan demi manfaat masyarakat keseluruhannya.

Di majlis itu turut meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan para penerima.

Kali terakhir Earl of Wessex melawat Malaysia adalah pada 2004, juga melibatkan anugerah yayasan Duke of Edinburgh’s International Award Foundation.

Sejak 2003 sehingga 2008, sejumlah 161,942 belia Malaysia menerima anugerah, dengan 116, 558 merupakan penerima anugerah peringkat gangsa; 44,345 penerima anugerah perak; dan 1,039 penerima anugerah emas.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata anugerah itu adalah untuk belia yang berusia antara 14 dan 24 tahun yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan dan pengembaraan. 

"Para belia perlu membuat permohonan untuk mendapatkan anugerah ini," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel