Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua ahli DAP Perak letak jawatan, tak puas hati kepimpinan Nga


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





IPOH, 11 Sept -- Dua ahli jawatankuasa DAP negeri meletak jawatan berkuatkuasa serta merta berikutan tidak puas hati terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Peletakan jawatan Leong Cheok Keng, Timbalan Bendahari DAP Perak, dan Leow Thye Yih sebagai Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak itu dibuat berikutan tindakan Nga untuk membincangkan kedudukan Paul Yong Choo Kiong selaku Exco di peringkat Pakatan Harapan (PH) tanpa merujuk jawatankuasa parti terlebih dahulu.

Leong yang juga peguam bela kepada Yong berkata pihaknya berpendapat sekiranya jawatan exco berkenaan hendak dibincang pada peringkat PH, ia perlu terlebih dahulu dibincang di peringkat jawatankuasa DAP negeri.

“Ini kerana lantikan Yong adalah melalui cadangan jawatankuasa parti,” katanya dalam satu sidang media bersama Leow di sini hari ini.

Yong yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh kini bercuti daripada tugasan rasmi sebagai exco bagi memberi fokus kepada kes perbicaraan merogol seorang pembantu rumahnya, Julai lalu.

Leong yang juga ADUN Malim Nawar menegaskan beliau dan Leow selaku ADUN Pokok Assam menegaskan bagaimanapun mereka masih taat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

“Keputusan kami ini (letak jawatan) tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia juga sebagai menyokong Paul,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel