Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tingkatkan kebajikan polis antara isu yang  dibangkitkan dalam sesi konsultasi RUU IPCMC 


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





JOHOR BAHRU, 11 Sept -- Keperluan bagi meningkatkan kebajikan pasukan polis dalam menjamin integriti merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam Sesi Konsultasi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Integriti Agensi Pengkuatkuasaan (EAIC) berkata penjelasan berkaitan penerimaan aduan turut mendapat perhatian semasa sesi konsultasi itu berlangsung yang disertai seramai 250 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

EAIC dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sesi konsultasi itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional, Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abu Kassim Mohamed,  merupakan satu inisiatif dalam memberi penerangan dan kefahaman secara terus kepada anggota PDRM mengenai RUU IPCMC yang akan dibacakan di parlimen pada bulan hadapan.

Sesi konsultasi itu antara lain bertujuan menyampaikan intipati fungsi dan bidang kuasa IPCMC sebagaimana yang diperuntukkan dalam RUU IPCMC 2019, sekaligus untuk mendapatkan maklum balas anggota polis di peringkat akar umbi.

“ Sekiranya berjaya dilaksanakan IPCMC ini, ia hanya akan menerima aduan salah laku yang dibuat bermula dari tarikh kuat kuasa akta baru itu.Manakala bagi aduan yang dikemukakan kepada EAIC sebelum tarikh kuat kuasa akta ini, ia akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan, iaitu selepas akta baru diwarta dan dikuatkuasakan,” kata suruhanjaya itu.

Sesi konsultasi berkenaan adalah julung kali diadakan dan dijangka akan diadakan di tiga zon lain iaitu zon tengah, utara dan Sabah secara berperingkat sehingga akhir bulan ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel