Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Komuniti Iban gagal dalam usaha untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai hukum adat


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





 

PUTRAJAYA, 11 Sept  -- Masyarakat Iban dari dua kampung di Sarawak ghagal dalam usaha mereka untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa hukum adat tidak mempunyai kuasa perundangan di Sarawak.

Panel lima anggota yang mencapai keputusan majoriti 4-1 memutuskan bahawa tidak ada asas bagi panel baharu Mahkamah Persekutuan untuk menyemak keputusan sebelumnya oleh mahkamah.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dam hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Mohd Zawawi Salleh mencapai keputusan majoriti sementara Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah menentang.

Dalam penghakiman setebal 29 muka surat, Hakim Azahar berkata alasan untuk semakan yang dikemukakan oleh peguam mewakili Tuai Rumah Sandah Tabau dan Siew Ak Libau, masing-masing di Kanowit dan Sibu bahawa keputusan sebelumnya oleh Mahkamah Persekutuan telah terkhilaf daripada segi undang-undang dan telah melakukan pelbagai kesilapan nyata, tidak mempunyai asas yang sah daripada segi perundangan untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata bukan untuk panel semakan Mahkamah Persekutuan untuk menyelesaikan sama ada panel terdahulu dalam kes yang sama telah mentafsirkan atau mengguna pakai undang-undang dengan betul atau tidak kerana itu adalah pendapat.

Hakim Azahar berkata Mahkamah Persekutuan telah memutuskan ketiga-tiga rayuan melalui keputusan majoriti 3-1 dan bukan keputusan 2-2 sepert didakwa oleh pemohon.

Beliau berkata walaupun pada masa penghakiman disampaikan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong telah bersara, tidak ada perbalahan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan telah disampaikan oleh empat hakim yang selebihnya menurut seksyen 78 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Oleh itu, pada masa penghakiman Mahkamah Persekutuan dibacakan, Mahkamah Persekutuan dibentuk secara sepatutnya dan penghakiman yang disampaikan tidak boleh ditakrif sebagai batal," katanya.

Beliau berkata walaupun salah seorang daripada tiga hakim enggan menjawab persoalan undang-undang, tidak boleh dinafikan bahawa atas sebab-sebab yang berbeza-beza, ketiga-tiga hakim, yang membentuk majoriti, memutuskan untuk membenarkan ketiga-tiga rayuan oleh responden dalam kes itu.

Peguam yang mewakili pemohon berhujah bahawa keputusan "tergantung" kerana Panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah berpecah 2-2 dalam keputusannya kerana seorang hakim telah bersara dan hakim yang lain tidak menjawab soalan-soalan perundangan.

Hakim Azahar berkata dakwaan pemohon untuk mempersoalkan komposisi panel hakim panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini tidak mempunyai sebarang merit, sambil menambah bahawa mereka tidak menimbulkan bantahan terhadap komposisi panel kegtika itu.

Pemohon berpendapat bahawa komposisi panel Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mendengar rayuan tidak mempunyai seorang hakim hyang mempunyai pengalaman dalam bidang kehakiman Borneo dan dengan yang demikian telah melanggar perenggan 26 (4) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 dibaca bersama Perkara 8 dari Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata tidak ada sebab yang sah untuk berganjak dari keputusan Mahkamah Persekutuan dala kes Keruntum Sdn Bhd lwn Pengarah Hutan & Ors apabila Mahkamah Persekutuan berpendapat bahawa pihak  litigan tidak boleh menguatkuasakan cadangan di bawah perenggan 26 (4) IGC bahawa suatu kes yang berasal dari negeri-negeri Borneo harus terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang hakim yang mempunyai pengalaman dalam bidangf kehakiman Borneo.

Beliau juga berkata bahawa mesti ada kemuktamadan dalam litigasi.

Hakim Wong, dalam penghakimannya mengandungo 49 halaman, telah membenarkan permohonan semakan dan memerintahkan rayuan didengar semula di hadapan panel hakim lain, yang salah seorang daripada mereka harus arif dalam bidang kehakiman Borneo.

Beliau berkata terdapat kegagalan koram apabila para hakim yang bersidang dalam panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini tidak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, oleh itu terdapat kekurangan hakim yang arif dalam bidang kehakiman Borneo dalam panel tersebut.

"Masyarakat suku kaum di Negeri-negeri Borneo mempunyai adat dan budaya yang berbeza dengan rakyat Malayasia. Perbezaan itu mesti diakui untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi," kata Hakim Wong.

Pada 20 Dis 2016, Mahkamah Persekutuan, yang mencapai keputusan majoriti 3-1 memutuskan bahawa tiada undang-undang di Sarawak yang memberi kuasa undang-undang kepada tuntutan hak adat oleh masyarakat Dayak ke atas rizab hutan (pulau galau) dan tanah atau wilayah komunal domain (pemakai menoa) sebagai hak tanah adat (NCR).

.Keputusan majoriti itu membenarkan rayuan oleh pengarah Hutan Sarawak, Penguasa Tanah dan Pemetaan, Bahagian Sibu, Kerajaan Sarawak dan Rosebay Enterprise Sdn Bhd, dan dengan itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada komuniti Iban.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel