Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penolong pengarah akan didakwa jual MyKad


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





GEORGE TOWN,11 Sept  -- Seorang penolong pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung dakwaan terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Yusaini Amer Abdul Karem mengesahkan perkara itu semasa dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan lelaki berusia 40-an itu yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah esok.

Penolong pengarah itu dikatakan bersekongkol dengan seorang 'runner' lelaki warga tempatan bagi mendapatkan Mykad tulen itu namun kegiatan tersebut terbongkar selepas status warga asing yang mempunyai Mykad tulen berkenaan berjaya dikesan Jabatan Imigresen negeri.

Katanya data dalam Mykad warga asing berkenaan milik seorang warganegara Malaysia yang tidak dikenalinya malah siasatan lanjut ke atas waris warganegara yang mana maklumatnya diklon itu menafikan mengenali wanita dari China berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel