Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

28 kanak-kanak terselamat dalam kebakaran asrama


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





TAIPING, 11 Sept  -- Dua puluh lapan kanak-kanak terselamat apabila sebuah bilik di Asrama Kanak-kanak Taiping di Jalan Medan Taiping di sini terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Rafeel Hairul Richard berkata kebakaran yang melibatkan sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan dikatakan berlaku pada pukul 5.40 petang.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.42 petang dan sepasukan anggota yang bergegas ke tempat kejadian mendapati sebuah bilik di bangunan empat tingkat itu sedang terbakar namun semua kanak-kanak yang menghuni asrama itu telahpun keluar. 

"Bomba mengambil masa enam minit untuk memadamkan kebakaran dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel