Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Putrajaya sasar anjur kempen pemilikan rumah tarik pembeli dari China - Zuraida


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- Putrajaya menyasar menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sama ada di China atau Hong Kong, bagi menarik pembeli China untuk datang dan melabur dalam pasaran hartanah tempatan, yang lebih murah berbanding pasaran lain, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

"Saya berfikir bahawa kita boleh menganjurkan kempen HOC  ini (di China atau di Hong Kong) .. (kerana) ia lebih murah untuk membeli sebuah rumah di sini.

"Saya pergi ke sebuah flat berkeluasan 250 kaki persegi bernilai RM3 juta di Hong Kong, dan berkata malahan menteri pun tidak mampu untuk membeli hartanah di Hong Kong," katanya kepada pemberita pada Pameran Smart Cities Asia 2019 ke-5, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Zuraida berkata hanya rumah mewah akan dijual kepada pelabur China.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat projek rumah mewah yang bernilai  kira-kira RM100 bilion tidak terjual di negara ini.

Menurutnya, kementerian beliau akan membincangkan isu itu dengan kabinet dan berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk melaksanakan kempen tersebut.

Kempen pemilikan rumah tersebut merupakan inisiatif diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019, di mana pembeli rumah tempatan akan dikecualikan daripada dikenakan duti setem bagi pembelian unit kediaman yang dibina antara Januari dan Disember 2019.

Pemaju juga akan menawarkan diskaun dan pakej menarik untuk pembelian rumah dibuat semasa tempoh ini.

Kempen Pemilikan Rumah itu terbuka kepada semua pembeli rumah bagi menggalakkan pemilikan hartanah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel