Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MMAG jalin kerjasama dengan PT Lion Express sedia perkhidmatan pengiriman bungkusan 


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- Anak syarikat MMAG Holdings Bhd, Line Clear Express and Logistics Sdn Bhd memeterai perjanjian kerjasama perniagaan pelbagai tahun dengan PT Lion Express yang berpangkalan di Jakarta bagi menyediakan perkhidmatan pengiriman bungkusan.  

MMAG dalam satu kenyataan hari ini berkata kerjasama ini akan membolehkan rakyat Malaysia atau Indonesia yang tinggal di Malaysia mengirim barang atau bungkusan ke Indonesia dan sebaliknya.

Kedua-dua pihak akan menyediakan pelbagai perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan termasuk logistik, penghantaran hingga ke destinasi akhir, pengangkutan dan penyelesaian yang disesuaikan. 

Mereka juga menawarkan perkhidmatan tokokan nilai khusus seperti kemudahan rumah gudang di kedua-dua negara, perlindungan insurans, menggunakan rangkaian penerbangan Lion Air Group.

“Dipilih untuk bekerjasama dengan Lion Parcel of Indonesia telah meluaskan pasaran sasaran kami melangkaui 30 juta jumlah penduduk di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Line Clear Express and Logistics Wong Eng Su.

Beliau berkata ini akan menyediakan pemangkin bagi perusahaan kecil dan sederhana untuk memanfaatkan pasaran seramai 264 juta penduduk di Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif PT Lion Express Farian Kirana berkata Lion Air Group dengan kumpulan pesawat penumpang dan kargo yang besar akan membolehkan pengangkutan barangan selain penumpang yang tepat pada waktunya.

“Kami yakin perkongsian kami dengan Line Clear akan dapat menampung keperluan penghantaran bagi 2.5 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel