Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah timbang kesesuaian estet padi cara Vietnam


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





ALOR SETAR, 11 Sept  -- Kerajaan Kedah akan menimbangkan kesesuaian untuk mengaplikasikan pendekatan dan kaedah Sustainable Rice Platform (SRP), seperti yang digunakan oleh Vietnam dalam pengurusan estet padi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata kaedah SRP yang diguna pakai syarikat Loc Troi Group dari Vietnam itu dilihat mampu memberi purata hasil tahunan padi yang banyak.

"Melalui pembentangan wakil syarikat tadi, kita tahu mereka berpengalaman menguruskan estet padi. Mereka menggunakan kaedah SRP yang mana menggunakan konsep utama hubungan tiga penjuru iaitu diantara kerajaan, petani dan swasta. 

"Melalui konsep ini, ia memberi purata hasil tahunan padi sekitar enam tan per hektar kepada negara Vietnam. Jadi, kita akan lihat sama ada boleh menggunakan konsep yang sama untuk meningkatkan pendapatan petani," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 (KPK2019) yang berlangsung selama dua hari di Tabung Haji Hotel & Convention Center yang disertai lebih 260 peserta seluruh negara.

Sementara itu, Azman turut mengesa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk bergerak sebagai pemangkin ekonomi setempat, dengan menjadi lebih kreatif serta inovatif dalam meneroka sumber yang berkaitan rantaian nilai sektor padi dan beras. 

"PPK perlu main peranan yang efektif, mereka tidak boleh hanya menunggu peluang yang diberikan kerajaan. Mereka (PPK) perlu mencipta produk sendiri khasnya input dan mekanisasi ladang berdasarkan sumber-sumber sedia ada.

"Menerusi penciptaan produk sendiri, PPK mampu mengurangkan kos pengeluaran di kalangan petani. Saya yakin, kalau PPK boleh main peranan dengan baik masa depan industri berkaitan padi dan beras ini dapat berkembang dengan cemerlang," katanya.

Katanya, golongan petani juga diharap dapat mengusahakan tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan menternak haiwan di samping menanam padi bagi menjana pendapatan yang lebih.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel