Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taman-Taman Sabah siasat terumbu karang rosak di Kudat akibat kapal kargo terkandas


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KOTA KINABALU, 11 Sept  -- Taman-Taman Sabah memandang serius kerosakan kawasan terumbu karang di Taman Tun Mustapha berhampiran Pulau Kalampunian di perairan Kudat disebabkan oleh sebuah kapal kargo yang terkandas.

Pengarahnya Dr Jamili Nais berkata kejadian itu mungkin melibatkan sejumlah kerosakan terumbu karang di dalam taman marin itu dan kes ini sedang disiasat di bawah peruntukan Enakmen Taman-Taman 1984.

"Kapal kargo tersebut telah ditunda keluar oleh agen syarikat berkenaan pagi tadi dan ditarik ke kawasan perairan yang lebih dalam. 

"Bagaimanapun, pihak Taman-Taman Sabah tidak membenarkan kapal tersebut untuk belayar keluar sehingga keperluan dokumentasi bagi tujuan siasatan kes selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kapal kargo tempatan itu terkandas di perairan taman marin itu pada pagi Ahad lepas disebabkan kerosakan pada sistem navigasi.

Kapal yang berdaftar di Kuching, Sarawak dalam pelayaran dari Sandakan menuju Kemaman, Terengganu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel