AvjiN5ZjDAI Tingkat sembilan bangunan MAIWP di Kampung Baru terbakar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tingkat sembilan bangunan MAIWP di Kampung Baru terbakar


Tarikh kemaskini: 11/09/2019





KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- Pengunjung kedai makan yang terletak berhampiran tapak pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) di Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru di sini, hari ini gempar seketika selepas  salah satu tingkat bangunan itu terbakar.

Saksi kejadian, Salina Daling berkata beliau melihat asap tebal berkepul-kepul keluar daripada bangunan itu, mengejutkan pengunjung kedai makan yang terletak bersebelahan denganya.

“Pengunjung di kedai makan ini masing-masing terkejut apabila terdengar suara menjerit  api...api, dan dan berlari keluar untuk melihat punca asap tebal,” katanya yang sedang menikmati makan malam di sebuah kedai berhampiran ketika kejadian.

Sementara itu, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai John berkata dia baharu selesai daftar keluar dari Kuala Lumpur International Hotel yang terletak bersebelahan dengan bangunan itu apabila terdengar suara kecoh di perkarangan hotel itu.

"Semua orang berlari ke arah bangunan untuk melihat sendiri api yang kelihatan dan kemudiannya bersurai setelah anggota bomba tiba untuk memadamkan kebakaran,” katanya lagi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Mohd Zain Abdullah Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 6.42 petang.

“Lapan jentera dengan kekuatan 52 anggota dan pegawai daripada empat balai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Insiden itu difahamkan bermula daripada peralatan penyejuk (cooling tower) penyaman udara di tingkat sembilan bangunan yang sedang dalam proses pembinaan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran itu berjaya dikawal 20 minit kemudian dan seterusnya kerja pembersihan sisa-sisa kebakaran diteruskan, dan menurutnya kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian masih disiasat.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel