Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lembaga Pengarah UMT akan bincang cadangan penggabungan dengan UniSZA


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA LUMPUR, 11 Sept  -- Cadangan penggabungan antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah UMT yang dijadualkan pada Jumaat.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dr Halim Mohammad berkata lembaga itu akan membincangkan keputusan Kabinet mengenai perkara ini dan bagaimana penggabungan itu akan dilaksanakan.

"Pada pandangan saya penggabungan itu akan membawa yang terbaik (dari kedua-dua universiti). Oleh kerana Kabinet pada dasarnya bersetuju (untuk penggabungan), kami di universiti mesti mengambil keputusan secara positif dan saya percaya berdasarkan keupayaan kedua-dua institusi, ia akan memberi manfaat kepada pelajar, " katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini berkata bahawa laporan mengenai cadangan penggabungan itu dijangka selesai dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kabinet pada 4 Sept dilaporkan bersetuju pada dasarnya terhadap langkah itu yang akan mengukuhkan keupayaan kedua-dua universiti sejajar dengan 10 perpindahan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Halim juga berkata bahawa kakitangan dan pelajar UMT tidak perlu bimbang kerana keputusan kerajaan mengenai perkara itu pasti akan mengambil kira kepentingan mereka.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel