Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor akan lakukan pembenihan awan atasi paras air kritikal


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





ISKANDAR PUTERI, 12 Sept  -- Kerajaan negeri akan melakukan lima operasi pembenihan awan dalam masa terdekat sebagai usaha mengatasi kemerosotan paras air kritikal di empangan dan loji-loji rawatan air di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan kecemasan sebanyak RM175,000 bagi operasi itu.

Katanya masa dan cuaca yang tepat untuk melakukan operasi berkenaan perlu diambil kira selain memerlukan pandangan dan konsultasi daripada Jabatan Meteorologi sebelum ia dapat dilaksanakan.

Menurutnya, peratusan yang rendah kira-kira 10 hingga 20 peratus operasi pembenihan awan itu berhasil turut menjadi perhatian kerajaan negeri.

“Kos bukan isu yang besar untuk kita, tetapi masa yang tidak mengizinkan, itu menjadi masalah.

“Seperti di Empangan Lebam yang kritikal, masalahnya ia berada di kawasan pantai dan di sana tiada awan. Akan sentiasa ada masalah di Lebam, itu yang menjadi masalah kepada kita secara amnya,”  katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-14 di sini, hari ini.

Puah (PH-Bukit Batu) berkata demikian ketika menjawab soalan Yeo Tung Siong (PH-Pekan Nanas)  sama ada kerajaan negeri merancang untuk membuat pembenihan awan di negeri ini untuk menyelesaikan masalah kekurangan air.

Sementara itu, Puah berkata peruntukan sebanyak RM1 juta akan dipohon pada tahun hadapan bagi persediaan operasi pembenihan awan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel