Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

42 kawasan di Melaka alami gangguan bekalan air


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





MELAKA, 12 Sept -- Sebanyak 42 kawasan di Melaka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 2.00 petang ini berikutan purata hujan yang rendah sejak kebelakangan ini.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi laman sosial Facebooknya berkata gangguan bekalan air itu berlaku berikutan tekanan air rendah akibat paras air di beberapa empangan dan kolam tadahan serta sungai di Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Sebanyak 20 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di daerah Melaka Tengah, antaranya ialah kawasan Duyung, Kandang, Ayer Molek, Bukit Lintang, Cheng ,Taman Cheng Bestari, Taman Teknologi Cheng, Batu Berendam (Taman Merdeka).

Lain-lain tempat ialah Taman Megawati, Taman Tamby Chik Karim, CTRM Batu Berendam, Malim Jaya, Pulau Gadong, Klebang, Pengkalan Rama, Pangsapuri Parameswara, Bukit Darat,Tanjung Kling, Pantai Rombang dan Perindustrian Krubong.

Di daerah Jasin pula sembilan kawasan yang terlibat ialah Kampung Sri Kesang, Kampung Bukit Senggeh, Kawasan Air Kangkong, Rumah Awam Pondok Kempas, sekitar Klinik Selandar, Taman Jus Permai, Taman Jus Perdana, Felda kemendor dan Taman Seri Kemendor.

Sebanyak 13 kawasan yang terjejas di daerah Alor Gajah pula ialah Hutan Percha, Solok Menggong, Bukit Bulat, Taman Seri Manggis, Taman Lesung Batu Jaya, Taman Samarinda, Taman Pengkalan Indah, Taman Melaka Perdana, Taman Seri Sutera, Rumah Awam Pengkalan, Melaka Pindah, Machap Umboo dan Sunpower.

Pihak SAMB meminta agar pengguna dapat bersabar kerana gangguan bekalan air dan tekanan air yang rendah akan kerap berlaku.

Katanya pihak SAMB sedang giat menstabilkan semula kolam-kolam yang terjejas dan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna, dan segala kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan adalah amat dihargai

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam dengan menelefon 15800 / 1800-88-5800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel