Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

K'jaan Johor akan teruskan promosi Tahun Melawat Johor di Batam 


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





ISKANDAR PUTERI, 12 Sept  -- Kerajaan negeri akan meneruskan perancangan untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020 di Batam, Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Liow Cai Tung menjelaskan, usaha publisiti, terutama di jeti-jeti dan feri mengikut persetujuan yang dicapai sebelum ini, juga akan dilakukan selepas logo dan maskot dilancarkan.

“Kerajaan negeri memandang serius terhadap inisiatif untuk mempromosi Tahun Melawat Johor di Batam.

“Malahan ia juga akan diteruskan, kerana kita juga telah berbincang dengan semua operator feri dan jeti supaya publisiti akan dinaikkan setelah logo dan maskot dilancarkan,” kata beliau pada persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor  ke-14, di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya itu berkata demikian ketika menjawab menjawab soalan ADUN Kempas Datuk Osman Sapian, mengenai perancangan promosi Tahun Melawat Johor 2020 di Batam, Indonesia semasa beliau Menteri Besar Johor, akan diteruskan ataupun tidak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel