Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Naib Canselor USM dianugerah Felo Kehormat Komanwel


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Asma Ismail menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai penerima Felo Kehormat Commonwealth of Learning (COL), hari ini.

USM dalam kenyataannya hari ini berkata anugerah itu diberikan kepada Asma atas sumbangan besarnya dalam pembangunan bidang pendidikan di Malaysia.

“Dalam kenyataan surat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif COL Prof Asha S. Kanwar, ia  menyebut peranan Asma dalam mempromosi akses pendidikan tinggi berkualiti khususnya kepada wanita telah menjadi sumber inspirasi utama kepada banyak pihak dalam komuniti Komanwel,” kata kenyataan itu. 

Menurut USM, Asma menerima anugerah berprestij berkenaan pagi ini bersempena Ninth Pan-Commonwealth Forum on Open Learning (PCF9) di Edinburgh, Scotland yang dianjurkan dengan kerjasama Open University United Kingdom di Edinburgh, Scotland.

Anugerah COL diwujudkan bagi mengiktiraf individu terpilih yang telah memberi sumbangan signifikan dalam pertumbuhan dan pembangunan pembelajaran berasaskan teknologi media di peringkat negara, antarabangsa serta kemajuan pendidikan dalam Komanwel secara amnya. 

COL yang berpangkalan di Kanada merupakan sebuah pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Commonwealth Heads of Government pada 1988.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel