Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis cari Goh Chin Chin saksi kes dadah


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





BUKIT MERTAJAM, 12 Sept -- Polis sedang berusaha mengesan seorang wanita, Goh Chin Chin yang merupakan saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Georgetown, dekat sini, esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita berusia 49 tahun itu dicari bagi membantu perbicaraan di bawah Seksyen 39b (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Wanita itu beralamat terakhir di No. 5, Jalan Bukit Kecil, Taman Bukit di sini dan usaha mengesan saksi itu telah dibuat sebelum ini, namun polis gagal menemuinya," katanya di sini hari ini.

Menurutnya saksi itu merupakan isteri yang juga pemilik perniagaan dan penyewa premis di mana tangkapan dan rampasan dadah dalam kes berkenaan dilakukan.

Wanita berkenaan atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi ini diminta menghubungi Insp Haslina Hamzah di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat polis SPT dengan menelefon 016-3432116.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel