Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua ditahan bersama bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





BATU PAHAT, 12 Sept -- Dua lelaki berstatus pemastautin tetap ditahan bersama sebuah bot nelayan tempatan Kelas A setelah melanggar syarat sah lesen, pada jarak lebih kurang 2.5 batu nautika dari barat Tanjung Tohor, dekat sini, pukul 10 malam, Rabu (11 Sept).

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Othman berkata penahanan berkenaan dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat, yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Muar.

Katanya, penahanan bot terbabit dilakukan apabila terlihat dua individu yang sedang memukat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah mendapati seorang tekong dan kru yang masing-masing berusia 52 serta 57 tahun yang merupakan pemegang kad pengenalan status pemastautin tetap.

 “Mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohammad, bot berkenaan berserta tekong dan kru ditahan bersama 30 unit pukat hanyut dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Saya menasihati semua pengusaha bot nelayan tempatan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel