Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin rampas rokok seludup bernilai hampir RM140,000


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





GEORGE TOWN, 12 Sept -- Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 150,600 batang pelbagai jenis rokok putih dipercayai diseludup bernilai RM 136,142.40 termasuk cukai dalam pemeriksaan di dua buah kedai runcit di kawasan Air Itam, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1 ACP Rosman Ismail hari ini berkata pihaknya turut menahan dua pemilik kedai runcit berkenaan masing-masing berusia 41 tahun dan 54 tahun dalam pemeriksaan pada pukul 8.50 pagi itu. 

"Dalam operasi khas membanteras penyeludupan barang dan dadah itu, kami memeriksa dua kedai runcit berkenaan sebelum menemui pelbagai jenis rokok dipercayai rokok seludup yang di simpan dalam stor serta di jual di kaunter kedai itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati 750 katon rokok yang ditemui di dua kedai runcit itu dipercayai diseludup dari negara jiran serta tidak dibayar cukai.

Menurutnya dua pemilik kedai ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 kerana mengimport tanpa permit yang sah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel