Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suri rumah hilang RM10,400 ditipu 'doktor' dari Cyprus


Tarikh kemaskini: 12/09/2019





BUTTERWORTH, 12 Sept -- Seorang suri rumah di sini kerugian RM10,400 kerana ditipu sindiket ‘African Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai doktor dari Cyprus, Selasa lepas, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya wanita berusia 40-an itu berkenalan dengan lelaki itu menerusi Facebook yang mendakwa menetap di Cyprus sejak awal bulan lepas, yang memberitahu akan ke negara ini untuk urusan perniagaan.

"Mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita mendakwa sebagai pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang memaklumkan rakannya itu ditahan atas kesalahan membawa wang tunai berjumlah AS$40 juta," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya pegawai berkenaan memaklumkan kes itu boleh diselesaikan sekiranya mangsa membayar wang jaminan sebanyak RM30,000 dan terjebak dengan rayuan lelaki itu meminta bantuan, mangsa telah membuat dua transaksi bank berjumlah RM10,400.

“Mangsa terus didesak membuat bayaran tambahan sehingga jumlah yang diminta, namun dia mengatakan sudah tidak ada wang.

“Dia hanya mengetahui ditipu setelah pemeriksaan di Jabatan Kastam mendapati tiada kes sedemikian berlaku di KLIA,” katanya, sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel