Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Petani di Kedah disaran guna kaedah alternatif, elak pembakaran terbuka


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





ALOR SETAR, 13 Sept -- Petani di Kedah dinasihat tidak melakukan pembakaran jerami padi, sebaliknya menggunakan kaedah alternatif bagi mengelak peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min berkata pihaknya memahami pada masa ini adalah musim menuai dan aktiviti pembakaran jerami kebiasaannya dilakukan sebelum proses menanam semula padi.

“Tapi di Kedah kini keadaan semakin tidak baik kerana dua kawasan di selatan Kedah iaitu Kulim dan Sungai Petani hari ini mula mencatatkan peningkatan bacaan IPU daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

“Kalau boleh buat masa ini, elakkan aktiviti pembakaran terbuka agar keadaan tidak bertambah buruk dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar, agar kesihatan mereka tidak terjejas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 12 tengah hari ini, Kulim mencatatkan IPU tidak sihat iaitu 111, manakala Sungai Petani (113).

Sementara itu, kawasan-kawasan lain di negeri ini masih mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel