Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: Bomba Perak pantau kawasan berisiko terbakar


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





IPOH, 13 Sept -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan yang berisiko berlakunya kebakaran terbuka bagi mengelak keadaan jerebu di negeri ini, bertambah buruk.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata pihaknya kini memberi perhatian lebih di kawasan hotspot yang berisiko terbakar iaitu di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Banding dan di sekitar kawasan hutan Sungai Siput.

"Anggota bomba sentiasa melakukan lawatan secara berkala untuk melakukan pemantauan di kawasan 'hotspot' berkenaan dan sehingga kini tidak ada kes kebakaran direkodkan di kawasan tanah gambut yang ada di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan JBPM Perak di sini hari ini.

Azmi berkata pihaknya menerima sebanyak 2,256 kes kebakaran iaitu melibatkan 171 kes kebakaran di hutan, 1,674 kes kebakaran di belukar atau lalang, 80 kes kebakaran di kebun atau ladang serta 331 kes kebakaran sampah yang dilaporkan sejak Januari sehingga semalam.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka selain tidak membuang puntung rokok sesuka hati yang boleh mengakibatkan kebakaran dalam usaha menangani masalah jerebu.

"Selain itu, bagi mereka yang gemar aktiviti 'jungle trekking' di hutan (dinasihatkan) supaya mengelakkan memasang ubat nyamuk atau membuat unggun api yang boleh menyebabkan kebakaran," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel