Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: lebih 500 penumpang terkandas di LTSAS, libat tiga penerbangan


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





IPOH, 13 Sept -- Seramai 549 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini berikutan tiga penerbangan tergendala akibat jerebu, kata Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman. 

Beliau berkata penerbangan yang tergendala setakat 3 petang tadi melibatkan laluan Singapura-Ipoh-Johor Bahru daripada syarikat AirAsia Bhd; laluan Ipoh-Johor Bahru-Ipoh (Malindo) dan syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot iaitu laluan Singapura-Ipoh-Singapura.

Katanya semua penerbangan tersebut perlu ditunda masa sehingga cuaca lebih baik.

"Mengikut pada bacaan penglihatan kita adalah 3,000 meter (m) yang masih dalam kawalan sistem penerbangan dan setakat pukul 2 petang tadi menurun kepada 2,500m. Ia menyebabkan banyak operasi penerbangan di sini tergendala.

"Beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba ke LTSAS juga telah membuat lencongan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ?(KLIA)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Ali berkata penerbangan pertama yang telah ditunda masa adalah pada pukul 9.40 pagi tadi iaitu penerbangan ke Singapura.

Dalam pada itu, rata-rata penumpang yang ditemui Bernama berkata mereka tidak menyangka akan berlaku situasi tersebut.

Seorang penumpang, M.Sundram, 52, berkata beliau sepatutnya berlepas ke Johor Bahru menaiki penerbangan Malindo pada pukul 3.40 petang.

"Saya tidak jangka penerbangan akan ditunda sebab pada pandangan saya keadaan jerebu di Perak tidaklah begitu teruk tetapi tidak mengapa ini juga untuk keselamatan kami," katanya.

Lily Ho, 45, yang berasal dari Ipoh berkata beliau sedikit terkejut selepas diberitahu penerbangannya ke Johor Bahru perlu ditunda.

"Saya faham kenapa perlu ditunda cuma LTSAS ini tidak begitu besar dan keadaan sedikit sesak kerana ratusan penumpang semua berkumpul di sini," katanya.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga 4 petang tadi, tiga kawasan di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu Tasek Ipoh (134), Pegoh Ipoh (112) dan Seri Manjung (140).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel