Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program FitMalaysia edisi Melaka dibatalkan akibat jerebu


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





MELAKA, 13 Sept -- Program FitMalaysia Edisi Melaka yang dijadual berlangsung esok di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir Melaka esok terpaksa dibatalkan akibat jerebu.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan  hari ini berkata program tersebut terpaksa dibatalkan  berdasarkan nasihat dan pandangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka serta Jabatan Alam Sekitar Melaka.

“Laporan IPU yang dicatatkan di Bandaraya Melaka pada petang ini adalah sekitar 120 dan dijangkakan berada di paras tidak sihat untuk aktiviti luar esok, aktiviti fizikal di kawasan terbuka tidak digalakkan sekiranya IPU melebihi 100,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut program FitMalaysia sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya kanak-kanak, oleh itu, pihak KBS terpaksa membatalkan program ini untuk mengelakkan risiko orang ramai berdepan dengan masalah kesihatan.

Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia Edisi Melaka pada masa akan datang akan dimaklumkan kemudian dan KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 12,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertainya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel