Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki kerana menceroboh


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





JOHOR BAHRU, 13 Sept -- Seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis, kerana dipercayai menceroboh sebuah rumah di Rini Homes, Taman Mutiara Rini dekat Skudai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daaerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang setelah penduduk komuniti setempat membantu menghubungi pihak polis.

Katanya, pemilik rumah berkenaan menyedari kehadiran suspek menerusi sistem penggera keselamatan rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pemilik rumah menerima isyarat amaran dari telefon bimbit menerusi sistem keselamatan yang dipasang di rumah, hasil semakan rakaman mendapati terdapat seorang lelaki telah ceroboh masuk rumahnya.

“Sebuah motosikal jenis Honda Wave turut berada di depan rumah pemilik yang bekerja sebagai Penguatkuasa Farmasi itu. Beliau bertindak menghubungi kawan-kawan komuniti taman perumahannya, bagi membantu menghubungi pihak polis,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dzulkhairi berkata siasatan mendapati suspek memasuki rumah terbabit menerusi tingkap bahagian hadapan yang diumpil dan dirosakkan.

“Pemeriksaan di dalam tiga buah bilik di dalam rumah itu juga didapati dalam keadaan berselerak, namun sama ada terdapat barang-barang yang hilang atau tidak, masih tidak dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kecing terhadap suspek adalah positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah, serta satu kes dikehendaki kerana menceroboh.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, polis merampas sebuah motosikal dipercayai milik suspek, sebatang kayu berukuran 1.15 meter dan dua batang besi tingkap berukuran 75 sentimeter.

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Sesyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video di laman sosial Facebook yang menunjukkan beberapa orang awam dan pihak polis mengejar suspek yang cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan sebaik gagal melompat daripada pagar sebuah rumah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel