Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Karnival Pantai Terengganu beroperasi 24 jam sehingga tengah malam esok


Tarikh kemaskini: 13/09/2019





KUALA TERENGGANU, 13 Sept -- Karnival Pantai Terengganu 2019, yang berlangsung 24 jam bermula tengah malam ini sehingga tengah malam esok, bakal memberikan pengalaman kemeriahan tersendiri kepada pengunjung.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Arifffin Deraman berkata penganjuran berterusan 24 jam itu dilakukan, bagi memberi peluang kepada mereka yang terlibat dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk turut sama merasai kemeriahan karnival, yang bermula semalam hingga 16 Sept.

"Dianggarkan lebih 20,000 peserta akan menyertai larian yang bermula tengah malam ini, bagi kategori 42 kilometer (km) manakaka kategori 21 km pada pukul 1 pagi dan kategori lain bermula seawal 7 pagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pantai 2019 di Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.

Karnival itu berjalan seperti biasa iaitu bermula 9 pagi sehingga tengah malam pada Ahad.

Ariffin berkata dianggarkan lebih 30,000 orang berkunjung ke Pantai Batu Buruk, bagi melihat keunikan negeri di Terengganu.

Katanya karnival kali ini bukan sahaja memaparkan mengenai seni dan budaya, tetapi juga pertunjukkan memasak makanan tradisi serta penjualan pelbagai kuih-muih, yang jarang-jarang dilihat masyarakat luar.

"Saya yakin dengan kesungguhan semua pihak melakukan promosi, sasaran seramai 100,000 pengunjung, akan dapat dicapai apabila berakhir karnival ini," katanya.

Ariffin turut meminta orang ramai menjaga kebersihan dan mematuhi arahan yang menetapkan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan larangan merokok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel