Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sesi persekolahan di Tangkak disaran ditangguhkan jika IPU kekal melebihi 200 - exco


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





JOHOR BAHRU, 14 Sept -- Sesi persekolahan di daerah Tangkak disaran ditangguhkan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal melebihi 200.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata bacaan IPU di Tangkak kini mencatatkan tahap 206.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menangani situasi di daerah berkenaan.

"Selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, saya menyarankan agar sesi persekolahan di daerah Tangkak ditangguhkan sekiranya bacaan IPU kekal melebihi 200.

"Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta untuk mengikuti rapat pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan makluman terkini bacaan IPU di daerah Tangkak,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Tan berkata JAS sedang mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan dan gejala yang menjadi potensi dan punca membolehkan keadaan udara bertambah teruk.

"Saya menyeru orang awam supaya mengambil langkah penjagaan diri dengan mengurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka apabila perlu berada di luar.

"Rujuk juga klinik kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan sekiranya terkesan dengan kualiti udara setempat selain memastikan badan anda kekal hidrasi dengan bekalan air yang mencukupi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel