Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi dirempuh Perodua Alza di Mersing


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





JOHOR BAHRU, 14 Sept -- Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Perodua Alza di KM29 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kemalangan kira-kira 9.25 malam itu menyebabkan Mohd Hanafi Ismail, 37, dan Salimah Mohd Shafia, 40, kedua-duanya berasal dari Terengganu, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Siasatan awal mendapati Mohd Hanafi yang merupakan penunggang dan Salimah yang membonceng, merupakan antara kumpulan 20 motosikal berkuasa tinggi yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Desaru dekat Kota Tinggi sempena International Desaru Bike Week manakala Perodua Alza berkenaan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Endau, Mersing.

"Semasa melalui selekoh di kawasan kejadian, Perodua Alza dipercayai telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal Kawasaki Z800 dinaiki mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Cyril berkata selain kedua-dua mangsa yang maut, kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel