Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PTNJ digesa kerjasama dengan Tourism Johor sempena Tahun Melawat Johor 2020


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





JOHOR BAHRU, 14 Sept -- Kerajaan Negeri Johor menggesa Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) supaya bekerjasama rapat dengan Tourism Johor bagi mempromosikan warisan khazanah alam negeri Johor sebagai antara tarikan ekopelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata khazanah alam sekitar merupakan produk yang harus ditonjolkan sekali gus memberi impak ekonomi kepada kawasan setempat.             

Tan berkata selain kerjasama dengan Tourism Johor, PTNJ juga perlu bekerjasama dengan firma-firma swasta untuk mempromosikan warisan khazanah alam yang terdapat di negeri ini.

"Saya mengalu-alukan langkah Perbadanan Taman Negara Johor yang tampil menganjurkan International Ledang Legendary Run 2019 di Taman Negara Gunung Ledang sebagai langkah mempromosikan khazanah alam tersebut kepada umum.

Penganjuran program ini juga dilihat sebagai langkah serampang dua mata bagi mempromosikan taman negara tersebut dan secara tidak langsung menonjolkan keunikan Daerah Tangkak," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Tan menyeru agar langkah-langkah mempromosikan Taman Negara Johor dipergiat disamping agensi yang berkaitan untuk menonjolkan lokasi-lokasi yang kaya dengan khazanah alam sekitar sebagai tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel