Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemerosotan air empangan di Melaka akibat purata hujan rendah


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





MELAKA, 14 Sept -- Kemerosotan air di empangan, kolam tadahan dan Sungai Melaka akibat purata hujan yang rendah telah memberi gangguan pada tekanan air di beberapa kawasan di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata berdasarkan rekod terkini Empangan Durian Tunggal mencatatkan kapasiti air berjumlah 7,270 juta liter dan Empangan Jus (19,975 juta liter air) sementara penggunaan air di negeri Melaka adalah sekitar 600 juta sehari.

"Disebabkan paras air Sungai Melaka yang rendah dan keadaan cuaca panas serta tiada hujan di negeri ini, hanya 550 juta liter air dapat dibekalkan.

Bagaimana pun Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sedang dan terus berusaha untuk mendapatkan bantuan sumber air terutamanya dari Johor dan selain turut menjalankan proses memindahkan air mentah dari Empangan Ayer Keroh, Lombong Kesang Pajak di Jasin, Kolam Tebat Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (Durian Tunggal),  Loji Air Gadek (Alor Gajah) dan Kolam Takungan Gangsa (Durian Tunggal) sebagai alternatif penyelesaian gangguan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan yang terjejas juga akan mendapat bekalan air yang disalurkan melalui lori tangki SAMB serta lori tangki tambahan dari Ranhill SAJ (Johor), Syarikat Air Selangor, dan Lembaga Air Perak melibatkan keseluruhan 16 lori tangki air.

Katanya justeru rakyat negeri itu diharap tidak panik dan menggunakan air secara berhemah sementara SAMB berusaha menstabilkan semua kolam dan empangan yang terjejas bagi memastikan bekalan air sampai ke setiap premis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel