Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

USM lahir 159 pakar mata termasuk penuntut antarabangsa


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





KOTA BHARU, 14 Sept -- Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melatih 159 Pakar Oftalmologi (mata) yang berkhidmat dengan masyarakat dalam golongan berpendapatan 40 peratus ke bawah (B40).

Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM Kampus Kesihatan, Prof Dr Wan Hazabah Wan Hitam berkata Pakar Oftalmologi tersebut adalah termasuk penuntut antarabangsa termasuk dari Sudan, Bahrin, Iran, Iraq dan Australia.

"Ini menunjukkan sambutan yang baik dalam bidang oftalmologi berdasarkan lebih 200 permohonan dan temu duga yang diadakan, malah dengan lahirnya 159 graduan bidang ini.

"USM juga menawarkan latihan sub kepakaran (program fellowship) bagi tempatan dan luar negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan tiga universiti bergabung iaitu USM, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Usaha ini diharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam pembelajaran, latihan dan penyelidikan bidang oftalmologi ke arah masa depan lebih cerah untuk meningkatkan tahap kualiti kehidupan rakyat terutama kalangan B40," katanya kepada Bernama selepas Majlis Perasmian Pembukaan Simposium Oftalmologi USM Ketujuh di Hotel Perdana di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Kesihatan Kampus USM, Prof Dr Adam Husein, yang turut dihadiri, Timbalan Dekan PPSP USM, Prof Dr Abdul Razak Sulaiman; Ketua Jabatan Oftalmologi USM, Prof Dr Shatriah Ismail; Pengerusi Simposium, Prof Madya Datin Dr Zuraina Embong; Pensyarah Oftalmologi, Prof Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin dan Prof Madya Dr Adil Husein.

Prof Dr Wan Hazabah berkata simposium bersepadu yang pertama antara universiti-universiti kebangsaan  tempatan dan KKM tersebut diadakan dari semalam sehingga esok.

Tema persidangan tahun ini "Kontroversi Semasa Dalam Oftalmologi" itu diadakan bertujuan menggalakkan perdebatan dan perbincangan berasaskan bukti dalam kalangan moderator, penceramah dan peserta dengan tumpuan khusus terhadap isu-isu kontroversi dalam bidang oftalmologi.

"Antara kejayaan dalam bidang ini ialah USM mengepalai pusat rujukan oftalmologi di Pantai Timur dan Utara Semenanjung melibatkan kira-kira 200 hingga 300 pembedahan berjaya dilakukan dan pesakit juling kanak-kanak dan dewasa dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kekuatan kita yang lain ialah adanya klinik komuniti mata melibatkan pensyarah, doktor perubatan sarjana dan penuntut menerusi Program Khidmat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan pemeriksaan mata termasuk kepada Orang Asli di pedalaman, selain progres program dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) bagi anak-anak istimewa bagi masalah pembelajaran," katanya.

Katanya, kejayaan lain jabatan berkenaan termasuk penerbitan jurnal pertama Oftalmologi Malaysia melibatkan semua universiti yang diterbitkan dengan satu tahun bersama empat isu daripada persidangan, persembahan dan cetusan idea penyelidik, pensyarah dan pelatih.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel