Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sekolah, tadika di Pontian ditutup esok ekoran jerebu


Tarikh kemaskini: 14/09/2019





JOHOR BAHRU, 14 Sept -- Semua sekolah dan tadika di seluruh daerah Pontian diputuskan tutup esok berikutan jerebu.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor Azman Adnan berkata berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 220 di daerah itu ditakrifkan sebagai tidak sihat.

Beliau berkata terdapat 100 sekolah dengan seramai 29,200 murid serta pelajar direkodkan di seluruh Pontian termasuk Kolej Vokasional Tanjung Piai.

Katanya, murid pra sekolah pula melibatkan 1,268 orang manakala murid tadika swasta seramai 2,610 orang.

"Semua ibu bapa perlu dimaklumkan bahawa murid sekolah dan tadika tidak perlu hadir ke sekolah manakala guru bertugas seperti biasa dengan menjalankan tugas-tugas lain di sekolah seperti mana kandungan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan.

"Mohon patuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan jerebu yang dikeluarkan oleh KPM dan pihak berkuasa," katanya menerusi kenyatan malam ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel