Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan rancang beli pesawat Bombardier, helikopter Medevac bagi kegunaan JBPM - Zuraida


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KUCHING, 15 Sept -- Kerajaan bercadang membeli sebuah pesawat Bombardier dan helikopter Medevac bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata kedua-dua aset udara ini yang masih belum dimiliki pasukan penyelamat berkenaan amat diperlukan terutama dalam proses evakuasi mangsa di kawasan pedalaman dan memadam kebakaran hutan.

Katanya kementerian juga akan mempertimbangkan pemerolehan peralatan-peralatan menangani kebakaran yang terkini sekiranya perlu bagi kegunaan jabatan berkenaan.

“Saya akan ke Itali dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan jentera atau peralatan yang digunakan di negara itu dalam kerja pemadaman api.

“Itali model negara terbaik dalam menangani isu kebakaran, jadi kita akan ke sana untuk melihat demostrasi model yang digunakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadaman Api di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di sini, hari ini.

Sejumlah 1,000 alat pemadam api telah diserahkan kepada JBPM Sarawak untuk diagihkan kepada rumah-rumah panjang di pedalaman sebagai alat bantuan awal dalam mengawal kebakaran.

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata terdapat hanya 32 balai bomba di Sarawak ketika ini sedangkan dari segi geografinya negeri ini lebih luas dari Semenanjung.

“Jika berlaku kebakaran, pihak bomba sukar untuk sampai awal ke lokasi terutamanya di pedalaman. Justeru dengan adanya peralatan pemadam api, ia dapat membantu memadamkan kebakaran awal sekali gus mengelakkan kerugian harta benda,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel