Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

20 pekerja ladang hilang tempat tinggal di Bakun


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





BINTULU, 15 Sept  -- Seramai 20 pekerja ladang kelapa sawit hilang tempat tinggal apabila kebakaran memusnahkan dua buah blok rumah kayu di Ladang Sepakau 3, Sungai Asap Jalan Bakun pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa yang hilang tempat tinggal terdiri daripada sembilan pekerja warga tempatan serta 11 pekerja warga Indonesia yang berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

“Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” menurut kenyataan itu yang menyatakan bomba menerima panggilan pada pukul 10.36 pagi.

Menurut PGO Bomba Sarawak, disebabkan lokasi kejadian terletak 215 kilometer dari balai, pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 1.21 petang ini.

“Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan, operasi ditamatkan pada pukul 3.21 petang setelah operasi pemadamanan dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel