Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki terlibat aktiviti proses, jual air ketum


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





IPOH, 15 Sept -- Polis menahan seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti memproses dan menjual air ketum di Kampung Pintu Padang dekat Gopeng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata sepasukan polis yang menjalankan Ops Bersepadu/ Pencegahan Jenayah pada pukul 11 malam telah berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah. 

"Polis merampas 18 bungkus plastik yang setiap satunya mengandungi air ketum dengan anggaran 22.5 liter dan 10 bungkus plastik hitam yang mengandungi daun ketum seberat 40 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasron Nazri berkata pihaknya turut merampas sebuah tong gas, tiga buah periuk besar, dua set dapur gas serta pelbagai kelengkapan memproses air ketum dalam serbuan tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati daun ketum yang diproses itu dijual pada harga RM10 sebungkus dan dijual kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.

"Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     

DUN Perlis: SAP sedia pelan jangka pendek, jangka panjang atasi masalah air

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel