Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga peniaga cedera dalam kejadian ribut dekat Kulim


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KULIM, 15 Sept -- Tiga peniaga cedera termasuk seorang parah akibat ditimpa pokok yang tumbang di atas gerai jualan mereka dalam kejadian ribut di Tapak Pasar Ahad, Padang Serai dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim DSP Mohd Yusuf Shaari berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, menyebabkan mangsa lelaki berumur 27 tahun patah kaki kiri dan bahu manakala dua mangsa wanita masing-masing berusia 23 dan 53 tahun mengalami sakit dada dan badan serta luka ringan di jari tangan kanan.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Yusuf berkata kejadian ribut itu juga menyebabkan dua kenderaan peniaga serta empat gerai jualan mengalami kerosakan.

Katanya mangsa dinasihatkan membuat laporan polis untuk bantuan kebajikan dan sehingga kini terdapat satu laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Yusri Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada 2.44 petang yang turut memaklumkan terdapat sebatang pokok tumbang.

"Setibanya anggota bomba ke lokasi kejadian mendapati sebatang pokok telah menghempap empat gerai, satu van dan satu kereta bagaimanapun mangsa yang cedera telah tiada kerana dibawa ambulans ke hospital.

"Keadaan ketika itu juga telah kembali tenang dan terkawal, kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang telah berjaya dijalankan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel