rwD5XihI0xA Rakyat pelbagai kaum perlu terus curah khidmat bakti bangunkan Malaysia - Mohd Shafie
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rakyat pelbagai kaum perlu terus curah khidmat bakti bangunkan Malaysia - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 15/09/2019





KOTA KINABALU, 15 Sept -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua lapisan rakyat pelbagai kaum di Malaysia terus bersama-sama mencurahkan khidmat bakti dalam membangunkan negara bagi membolehkan generasi akan datang merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran dikecapi kini.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 yang disambut esok, Mohd Shafie berkata, khidmat bakti dicurahkan kepada negara adalah penting untuk diterjemahkan oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan kepercayaan menerusi tindakan dan bukan hanya melalui laungan lagu atau lontaran suara semata-mata.

“Khidmat bakti, kita curahkan segala-galanya untuk membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang boleh dihuni oleh masyarakat pelbagai anutan agama dan kaum supaya generasi akan datang mendapat manfaat jauh lebih baik daripada apa yang kita rasa pada hari ini. 

“Sehubungan itu, saya amat berharap, bersempena Hari Malaysia ke-56 ini, selaku rakyat Malaysia kita curahkan khidmat bakti kita sebaik mungkin untuk membangunkan dan memajukan negara kita agar rakyat yang ada di negara dan negeri ini terus hidup dalam keadaan aman sejahtera dan makmur,” katanya.

Mohd Shafie berkata Malaysia pada hari ini adalah jauh berbeza berbanding di awal pembentukan negara pada 16 Sept 1963, yang mana pada ketika itu, rakyat berada dalam keadaan daif bukan hanya daripada sudut prasarana tetapi juga pembangunan kemudahan asas untuk kesihatan dan pendidikan.

“Kita sedar dan tahu banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi dalam jangka masa 56 tahun kita sebagai sebuah negara bukan hanya telah berjaya dalam memupuk perpaduan, malah mengekalkan kesatuan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan agama,” katanya.

Mohd Shafie turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia Ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel